10 PEGAWAI PSB DINAIKKAN PANGKAT DIRAI

Satu perjumpaan diadakan diantara Ketua Pustakawan bersama pegawai-pegawai Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) yang telah dinaikkan pangkat bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pustakawan, Paras 3, PSB pada jam 9.00 pagi. Perjumpaan ini bertujuan untuk meraikan mereka-mereka yang telah dinaikkan pangkat sebagai tanda penghargaan daripada pihak pengurusan PSB.

Encik Salleh Hudin Mustaffa, Ketua Pustakawan PSB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat dan memberikan sedikit penerangan mengenai perancangan jabatan pada masa datang serta tugasan-tugasan dan tanggungjawab baru yang akan dipikul oleh pegawai-pegawai tersebut. Selain itu, beliau memberi penekanan terhadap aspek disiplin, tanggungjawab, akauntabiliti dan kualiti kerja yang perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Harapan beliau semua pegawai ini dapat bekerjasama dalam menaikkan nama jabatan dengan mempamerkan imej yang baik lantas menjadi contoh kepada staf-staf yang lainnya. “Lakukanlah tugas dengan sebaik mungkin” ujar beliau.

Turut hadir Puan Shukra Shuib, Timbalan Ketua Pustakawan dan Encik Azmi Hamid, Ketua Penolong Pendaftar Kanan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis tamat pada jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh: Hanie Azyyati binti Abdul Jamil
Gambar oleh: Hanie Azyyati binti Abdul Jamil