6 PELAJAR PERUNDANGAN BERGELAR PENGGUNA PALING AKTIF PSB BAGI TAHUN 2019

SintokSempena Majlis Perasmian Pesta Buku Utara 2020 pada 17 Februari 2020, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengambil kesempatan meraikan  serta memberi penghargaan kepada  21 orang pengguna yang paling aktif menggunakan perkhidmatan perpustakaan sepanjang tahun 2019 yang lalu.

Upacara ini telah berlangsung pada hari kedua Pesta Buku Utara bermula jam 2.30 petang dan bertempat di Pentas Utama, Foyer PSB. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh  Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad, Timbalan  Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPNI), Universiti Utara Malaysia  (UUM) seusai upacara gimik perasmian Pesta Buku Utara.

Objektif Anugerah Penghargaan Pengguna PSB adalah untuk meraikan dan menjalin hubungan baik antara pengguna dan pihak PSB di samping untuk meningkatkan motivasi pengguna untuk terus menggunakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Terdapat 3 kategori yang telah dipertandingkan Iaitu Kategori Pengguna E-Resouces Paling Aktif, Kategori  Peminjam Buku Terbanyak dan Kategori Pengunjung Paling Kerap. Semua penerima adalah terdiri daripada kalangan pelajar  program ijazah pertama, program pasca siswazah dan kakitangan akademik UUM. Semua pemenang telah membawa pulang sijil penghargaaan beserta wang tunai sebanyak RM150 bagi tempat pertama, RM100 di tempat kedua dan RM50 di tempat ketiga.

Tahun 2020 ini  menyaksikan penguasaan majoriti pemenang adalah daripada Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL) di mana 6 pemenang adalah dari pusat pengajian ini yang telah membolot pelbagai kategori terutama bagi Kategori Pengguna E-Resources Paling Aktif bagi Program Ijazah Pertama di mana keseluruhan pemenang tempat pertama hingga ketiga  adalah dari pusat pengajian ini.

Dalam mendokong objektif UUM untuk menjadi pusat sumber ilmu yang terulung, PSB akan terus berusaha untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang dapat memberi manfaat kepada setiap pengguna perpustakaan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang anugerah ini dan semoga terus berjaya.

 

Disediakan oleh : Azniza Binti  Ahmad

Gambar : Mohamad Fuzi  Ismail