PSB Online – Menerusi Unit Pembangunan Sumber Ilmu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), telah menerima sumbangan buku sebanyak 14 naskhah daripada Japan Institute of International Affairs (JIIA) yang berpengkalan di Tokyo, Jepun pada 11 May 2021 yang lalu.
PSB amat berbesar hati menerima sumbangan hadiah ini menerusi Book Donation Programs oleh JIIA atau Institut Hal Ehwal Antarabangsa Jepun yang telah ditubuhkan pada tahun 1959. JIIA adalah badan pemikir dasar swasta yang memusatkan perhatian kepada hal ehwal luar negeri dan keselamatan. Selain menaungi projek penyelidikan, institut ini mempromosikan dialog dan kajian bersama dengan institusi dan pakar lain di dalam dan luar negeri selain meneliti dasar luar Jepun dan membuat proposal kepada pemerintah, dan menyebarkan maklumat mengenai hubungan antarabangsa kepada masyarakat. Institut ini, bersama-sama dengan rangkaian sarjana yang berafiliasi, bertujuan untuk berfungsi sebagai pusat kepada sumber yang sangat diperlukan dalam urusan antarabangsa.
Bersama-sama buku ini adalah sebuah surat pemberian yang telah ditandatangani oleh Presiden Institut itu sendiri iaitu Encik Kenichiro Sasae. Sebanyak 7 tajuk buku telah dihadiahkan dan setiap tajuk mengandungi 2 naskhah. Antara tajuk buku tersebut adalah seperti berikut; The Occupations of Japan 1945 – 1952, The Pacific War and Japan’s Diplomacy in Asia, The Economics of Colonialism in Korea, From Party Politics to Militarism in Japan, 1924 – 1941, Japan-China Relations Through the Lens of Chinese Politics, Hatred Has No Future, Empire of The Seas.
Sesi fotografi tanda simbolik penerimaan buku-buku tersebut telah diadakan. Turut bergambar bersama Ketua Pustakawan Encik Salleh Hudin Mustaffa adalah Ketua Bahagian Sumber Ilmu iaitu Pn. Rahimah Ishak dengan diiringi oleh Pn. Norihan Anah selaku Ketua Unit Pembangunan Sumber Ilmu.
Disediakan oleh : Noraini Alias
Gambar oleh: Norihan Anah