PSB MENYAMBUT MESRA LAWATAN AUDIT MQA BAGI TUJUAN AKREDITASI PROGRAM SARJANA PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM

15 Mei 2017 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima kunjungan Auditor Malaysian Qualifications Agency (MQA) bagi tujuan akreditasi program Pengajian Perniagaan Islam (IBS). Mereka telah disambut oleh En. Muhammad Mazlan Jalla selaku wakil Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) serta dibantu oleh Cik Hanie Azyyati Abd Jamil dan beberapa pustakawan yang lain.

Panel Penilai yang terlibat adalah terdiri daripada Prof. Madya Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul daripada UKM, Dr. Mohd Yahya Mohd Hussin daripada UPSI dan Dr. Hj. Othman Chin daripada UNITEN, Pahang. Turut serta dalam lawatan ini adalah 2 orang pegawai MQA iaitu Puan Chek Rahimah Ibrahim dan Puan Halinordina Mat Saat.

Mereka telah diberi sedikit taklimat ringkas mengenai PSB serta telah dibawa melawat di sekitar PSB khususnya koleksi perpustakaan dan bahan rujukan program sama ada bercetak mahupun elektronik. Ini kerana bahan rujukan ini merupakan salah satu kriteria utama yang perlu dinilai oleh auditor bagi tujuan akreditasi program tersebut.

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh : Noraini Alias