17 Oktober 2017 – Badan Kebajikan dan Amal Kakitangan Perpustakaan (BAKAL), Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) bersama beberapa wakil warga pustaka telah bergotong-royong menyediakan bubur asyura yang bertempat di Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM). Seramai 28 orang yang terlibat dalam proses penyediaan bubur asyura ini bermula daripada aktiviti penyediaan bahan, mengacau bubur asyura, mengemas serta mencuci peralatan memasak.
Memasak bubur asyura ini bukanlah asing buat warga PSB kerana ia sudah menjadi tradisi setiap tahun BAKAL dan warga PSB akan mengambil bahagian dalam penyediaan bubur asyura sama ada ianya dikelolakan sendiri oleh BAKAL ataupun Pusat Islam, UUM. Tradisi memasak bubur asyura ini bukan sahaja membolehkan staf menyediakan bubur asyura tetapi juga memberi peluang staf untuk beramah mesra, merapatkan silaturahim dan kasih-sayang sesama mereka. Bahkan aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan tanpa mengira jawatan dan usia.
Bubur asyura yang telah disediakan seterusnya diedarkan kepada semua warga PSB yang lainnya. Semoga aktviti seperti ini dapat dianjurkan lagi dimasa yang akan datang.
Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil
Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail