MUZIUM PENGURUSAN UUM TERIMA LAWATAN DARI POLITEKNIK UNGKU OMAR

Muzium Online – Muzium Pengurusan UUM telah menerima kunjungan delegasi dari Politeknik Ungku Omar pada 25 Januari 2022.

Memenuhi objektif lawatan tersebut, delegasi ini telah disambut mesra oleh wakil Muzium dan telah dibawa melawat dan meninjau semua koleksi Muzium Pengurusan UUM.  Lawatan ini  berlangsung selama setengah jam dan dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan sejarah Sintok dan seterusnya diikuti dengan taklimat yang menyentuh tentang hal-hal Pengurusan UUM, Pengurusan Islam dan sebagainya.  Taklimat telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Adzrool Idzwan Ismail, Pensyarah dari Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA).

Muzium Pengurusan UUM amat berbesar hati menerima kunjungan dan lawatan sambil belajar dari semua agensi dan mengharapkan agar lebih banyak institut pengajian tinggi swasta atau awam yang ingin mengadakan lawatan lagi bagi menambah pengetahuan dan kesedaran tentang pensejarahan UUM.

Muzium Pengurusan UUM mengucapkan terima kasih kepada delegasi Politeknik Ungku Omar atas lawatan mereka pada kali ini. Semoga hubungan kerjasama ini akan terjalin lagi pada masa akan datang.

 

Disediakan dan gamabr oleh: Muzium Pengurusan UUM