Muzium Online – Pada 20 Februari 2022, Muzium Pengurusan UUM telah menerima lawatan daripada Jabatan Warisan Negara, Kuala Lumpur.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat ldengan ebih dekat keunikan perahu sagor yang terdapat di ruang pameran zon sementara. Lawatan ini diketuai oleh Encik Muhamad Termizi bin Hasni (Kurator) dengan diiringi oleh Encik Ahmad Zaharuddin bin Abdul Kadir (Penolong Kurator) dan seorang jurufoto dari Bahagian Arkeologi, Jabatan Warisan Negara, Kuala Lumpur.
Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri fizikal perahu sagor, mengambil gambar dan merekod maklumat mengenai Perahu Sagor. Berdasarkan kajian dan kepakaran mereka, struktur Perahu Sagor ini memiliki keunikan yang tersendiri selain menjadi salah satu sejarah warisan negara yang amat bernilai dan ia perlu dipelihara untuk tatapan generasi masa kini dan yang akan datang.
Muzium Pengurusan UUM amat berbangga kerana menjadi salah satu tempat penyimpanan bagi menyimpan khazanah yang amat bernilai seperti Perahu Sagor ini. Sebelum berangkat pulang, delegasi ini telah dibawa melawat keseluruhan pameran muzium dengan diiringi Encik Iznan Kasim, Penolong Kurator di Muzium Pengurusan UUM.
Disediakan dan gambar oleh: Muzium Pengurusan UUM