PSB TERIMA SUMBANGAN BUKU DARI YAYASAN PEMBANGUNAN PONDOK MALAYSIA (YPPM)

PSB Online  – Satu majlis ringkas Penyerahan Sumbangan Buku Terbitan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah di adakan pada 17 Februari 2022 di Sudut ISRA (International Shari’ah Reseach Academy) Aras 2, Bangunan Tambahan Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).

PSB amat berbesar hati menerima kunjungan rombongan dari YPPM yang terdiri dari Pengarah Eksekutif  YPPM itu sendiri iaitu Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Datuk Abdul Shakor Bin Abu Bakar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPPM dan Muhammad Asyraf Zulkifli, Pegawai Operasi YPPM. Rombongan ini telah disambut mesra oleh Tuan Haji Salleh Hudin Bin Mustaffa, Ketua Pustakawan PSB dan beberapa orang  Penolong Ketua Pustakawan di Ruang Legar Aras Satu Bangunan Utama PSB.

Pada majlis  penyerahan berkenaan, mewakili PSB, Encik Salleh Hudin dengan gembira telah menerima sumbangan buku-buku berkenaan dari Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim. Semua buku berkenaan akan  diurus dan diproses terlebih dahulu oleh Unit Pembangunan Sumber Ilmu, Bahagian Sumber Ilmu PSB sebelum ianya ditempatkan di Koleksi Umum sebagai sumber rujukan warga Universiti Utara Malaysia (UUM) kelak.

Usai majlis penyerahan berkenaan, Dato Dr. Mashitah dan rombongan YPPM telah diiring ke Muzium Pengurusan UUM untuk melawat dan meninjau ruang Pameran Zon Sistem Pengurusan Islam : Diorama Sistem Pengajian Pondok. Sudut  Pameran ini secara khususnya banyak menempatkan maklumat sejarah mengenai zaman penubuhan dan perkembangan sistem pengajian pondok yang terdapat di  negeri  Kedah.

Majlis ringkas yang bermula pada pukul 11.15 pagi ini telah berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan acara penyampaian cenderahati dan menandantangani buku lawatan PSB. Kami warga PSB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas kesudian Dato Dr. Mashitah Ibrahim  berkunjung dan  menyerahkan sendiri  sumbangan buku-buku terbitan YPPM kepada PSB.

 

Disediakan oleh : Azniza Binti  Ahmad

Gambar oleh :  Ishar Md Zain