PSB Online – Mengorak langkah menghadapi tahun 2023, persiapan dalam memantapkan servis dan kemudahan adalah menjadi tonggak utama untuk mengekalkan kerelevanan organisasi.
Untuk itu, Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Unit Latihan dan Kualiti, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Deskripsi Tugas pada 7 Februari 2023 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Muzium Pengurusan UUM.
Bengkel ini telah melibatkan 9 orang staf Muzium dan bertujuan untuk menyemak, menilai dan menyesuaikan deskripsi tugas masing-masing. Deskripsi tugas adalah merupakan dokumen yang menjelaskan tujuan pewujudan sesuatu jawatan dengan mengambil kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan dalam organisasi.
Bengkel ini telah dikawalselia oleh Pengurus Muzium Pengurusan UUM iaitu En. Mohd Fairus Abd. Majid dengan dibantu oleh Ketua Bahagian Muzium iaitu Pn. Noorfauziati Mat Yatim. Bermula seawal jam 9.00 pagi, bengkel ini tamat sekitar jam 4.00 petang dengan input-input yang dijangka akan memantapkan lagi perkhidmatan dan pengurusan muzium untuk tahun 2023 dan ke hadapan.
Disediakan oleh: Noraini Alias
Gambar oleh: Unit Latihan dan Kualiti