PERSARAAN PUAN ROSMAWATI ABD JALIL, PEMBANTU PUSTAKAWAN KANAN

PSB online: Pada 1 Januari 2024, Yang dikasihi dan dihormati, Pembantu Pustakawan Kanan, Puan Rosmawati Abd. Jalil telah tamat perkhidmatan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Beliau berkhidmat dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) sejak September 1992. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Sambilan) di Jabatan Pendaftar sebelum mendapat jawatan Pembantu Pustakawan.

Sepanjang 31 tahun perkhidmatan beliau dengan UUM, Puan Rosmawati telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di beberapa bahagian dan unit di PSB, iaitu di Bahagian Sirkulasi dan Perkhidmatan Pembaca, Bahagian Media, Bahagian Sirkulasi dan Perkhidmatan  Pengguna (Unit   Koleksi Khas), Bahagian Siri. Bahagian Perolehan, Unit Hadiah dan Pertukaran, dan akhir sekali pada tahun 2023 bertugas di Unit Metadata,Pengindeksan & Abstrak.

Puan Rosmawati berpewatakan tenang, matang, lemah lembut dan mudah berurusan dengan beliau. Beliau sangat komited dan bertanggungjawab kepada semua tugasan yang diberikan kepada beliau dan telah beberapa kali dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di UUM.

Didoakan semoga beliau terus dianugerahkan kesihatan, terus aktif, dapat berkhidmat kepada keluarga dan masyarakat serta terus majujaya dan diberi kebahagian di dunia dan akhirat.

-Tamat-

 

Hasma Harun

Gambar: Syed Muhammad Amirul Ashraf bin Syed Ismail