KUNJUNGAN PELAJAR KYOTO SANGYO UNIVERSITY KE PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH MERIAH

PSB ONLINE: Perpustakaan Sultanah Bahiyah telah menerima kunjungan pelajar-pelajar Kyoto Sangyo University Jepun pada 3 Mac 2024. Pelajar Kyoto Sangyo University (KSU) seramai 24 orang berada di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok bagi menyertai program UUM-KSU Summer bermula pada 17 Februari 2024 sehingga 10 March 2024.

PSB telah meraikan mereka dengan aktiviti melawat ruang-ruang belajar yang selesa dan koleksi PSB serta mendedahkan mereka dengan aktiviti kebudayaan Melayu. Mereka diberi peluang mengenali kebudayaan Melayu dengan aktiviti membalut ketupat palas, bermain congkak dan memakai pakaian tradisional Melayu. Semua pelajar KSU sangat teruja dengan semua pendedahan yang diberi oleh PSB.

Kunjungan ini dapat juga menjalinkan hubungan baik antara UUM dengan Kyoto Sangyo University dan para pelajar boleh mengetahui tentang perbezaan budaya Malaysia dan Jepun, selain mempelajari bahasa dan adat yang berbeza.