PSB ONLINE: Pada 27 Ogos 2024, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima kunjungan delegasi khas dari Prince of Songkla University (PSU). Kumpulan ini, yang terdiri daripada 4 pensyarah dan 49 pelajar Program Sarjana Muda, telah dibawa melawat kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan Sultanah Bahiyah.
Delegasi pelawat sangat teruja dengan kemudahan yang disediakan kepada pengguna PSB dan sangat gembira melihat ruang-ruang belajar yang luas dan dilengkapi dengan kemudahan untuk belajar. Mereka juga teruja dengan jumlah sumber akademik dalam talian yang dilanggan oleh PSB bagi menyediakan sumber pembelajaran yang berkualiti kepada pelajar universiti.
Lawatan ini bertujuan untuk memupuk kerjasama, menggalakkan perkongsian pengetahuan, dan meningkatkan persefahaman silang budaya antara kedua-dua institusi. PSU dan UUM diharap dapat meneruskan kerjasama pada masa akan datang bagi menambahkan pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan pelajar dan juga tenaga akademik.