LAWATAN KERJA DELEGASI PUSAT ALUMNI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) DAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) KE PSB

 PSB ONLINE : PSB telah menerima satu lawatan kerja dari delegasi Pusat Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 26 Ogos 2024,  Delegasi ini diketuai oleh Dr. Arif @ Kamisan Pusiran, Pengarah Pusat Alumni UMS, dan Dr. Khairul Anwar Abdul Halim, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UniMAP bersama beberapa staf dari kedua-dua universiti.

Delegasi ini diiringi oleh Prof. Madya Dr. Lily Julienti binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Alumni UUM. Bahagian Komunikasi Korporat PSB diketuai oleh Puan Hasma Haji Harun, dibantu oleh Tuan Syed Muhammad Amirul Ashraf Syed Ismail telah membawa melawat kemudahan dan koleksi yang terdapat di perpustakaan UUM, dengan tujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara pusat alumni serta berkongsi amalan terbaik dalam kalangan ahli-ahli alumni universiti-universiti berkenaan.

Semua ahli deligasi sangat berminat dengan jumlah koleksi PSB yang komprehensif dalam bidang pengurusan juga dengan kemudahan fizikal yang disediakan sangat selesa, lengkap dengan rekaan dalaman yang menarik dan memudahkan pembelajaran serta pengajaran para pengguna PSB.

Dalam lawatan berkenaan, deligasi pelawat baru mendapat tahu bahawa UUM dilengkapi dengan Muzium Pengurusan yang diletakkan di bawah pengurusan PSB dan berminat akan mengunjungi muzium pada masa kaan datang.