PSB ONLINE: Siri Bedah Buku 9 telah dijalankan pada 3 Oktober 2024 yang lalu oleh Puan Siti Ainsyah dengan buku yang dipilih bertajuk “Timeline Akhir Zaman”, hasil tulisan Dr. Ashraff Amirul dan diterbitkan oleh Nuktah & Pustaka Permata Ummah Sdn.Bhd. pada tahun 2023. Sesi bedah buku ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Ainsyah Kamis, Penolong Pustakawan. Buku berkenaan membincangkan mengenai dunia akhir zaman, dikenali juga sebagai tanda-tanda Hari Kiamat. Antara Tanda-tanda Hari Kiamat yang dibincangkan adalah seperti berikut:
- Imam Al-Mahdi
- Dajjal
- Nabi Isa
- Yakjuj dan Makjuj
- Dabbah
- Dukhan
- Matahari Dari Barat
- Gempa bumi
- Keluarnya Api
- Kiamat
Ringkasan buku “Timeline Akhir Zaman” menceritakan perjalanan dan cabaran yang akan terjadi bila sampai masanya nanti dan ia merupakan peristiwa-peristiwa besar sebelum berlaku Hari Kiamat. Turut dinyatakan umat Islam akan menghadapi situasi genting dalam mempertahankan agamanya tatkala menghadapi fitnah yang berlaku. Pengarang menggunakan bahasa yang santai, gaya penceritaan mengikut kronologi, penerangan berdasarkan nas dan mempunyai pesanan bagi mempersiapkan diri dalam menghadapi kehidupan semasa berlaku Hari Kiamat. Pengarang juga menyatakan bahaya fitnah akhir zaman ini melibatkan soal keimanan dan kekufuran, serta dosa dan pahala bahkan syurga dan neraka.
Antara perkongsian yang dikongsikan oleh Puan Siti Ainsyah berkaitan buku ini adalah tanda-tanda kiamat di mana pengarang juga memasukkan maksud-maksud dari Al-Quran serta hadis berkaitan dengan Hari Kiamat. Pengarang juga menekankan bahawa para ulama menyarankan agar kita mempelajari ilmu berkaitan akhir zaman. Antaranya dinyatakan dalam Surah Taha : 15 yang bermaksud “Sesungguhnya Hari Kiamat itu tetap akan datang, Aku (Allah) merahsiakan (waktunya) agar setiap orang dibalas sesuai dengan apa yang telah dia usahakan.”
Buku “Timeline Akhir Zaman” adalah bacaan penting bagi mereka yang ingin memahami perjalanan menuju Hari Kiamat serta meningkatkan kesedaran dan persiapan rohani dalam menghadapi keaddan genting semasa kiamat berlaku.
Buku ini dapat dijadikan panduan buat semua orang untuk membuat persediaan bagi menghadapi situasi genting kelak iaitu menjelangnya Hari Kiamat.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Siti Hazniza Binti Abdul Khadir
Pelajar Latihan Industri
Program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Sungai Petani Kedah.