TRANSFORMASI PUSAT SUMBER SEKOLAH: INISIATIF BERSAMA PSB UUM DAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG GELAM

PSB ONLINE: Pada 9-10 Disember 2024, PSB UUM telah menjalankan Projek Jangkauan Komuniti bersama Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam, Alor Setar, Kedah. Projek USR ini diketuai oleh Puan Wan Hanis Kamarruddin, Pustakawan dengan penglibatan seramai 19 orang ahli jawatankuasa termasuk 5 orang pelajar latihan industri dari (UiTM) bertujuan memperkukuhkan hubungan antara PSB UUM dan Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam, Alor Setar, Kedah.

Projek ini telah melalui beberapa fasa penting, termasuk lawatan tapak pertama pada 13 Februari 2024, lawatan tapak kedua pada 22 Ogos 2024, penyediaan proposal 3D pada 26 Ogos 2024, dan pembentangan kepada pihak sekolah pada 17 Oktober 2024.

Lawatan ini bertujuan:

  1. Membuat pembentangan bersama pihak pengurusan sekolah dan PSS tentang cadangan lukisan 3D pusat sumber sekolah yang baru.
  2. Mendapatkan pengesahan dan penentuan tarikh gerak kerja USR serta persetujuan gerak kerja yang akan dipertanggungjawabkan untuk kedua-dua belah pihak.
  3. Membincangkan bajet dan segala bentuk proses kerja yang terlibat untuk menyiapkan ruang PSS bersama pihak PSS.

Pada 12 November 2024, mesyuarat dalam talian telah diadakan untuk agihan kerja dan kemas kini grafik. Gerak kerja dari pihak sekolah termasuk pemindahan rak buku, weeding out grafik lama yang tidak diperlukan, dan semua proses yang telah dipersetujui dalam mesyuarat dalam talian sebelum ini. Seterusnya, pada 25 November 2024, lawatan susulan telah dilakukan untuk pengukuran semula ruang dan board kerana terdapat penambahan board grafik dari pihak sekolah. Taklimat dan latihan sistem pusat sumber sekolah dijangka akan diadakan pada Januari hingga Mac 2025.

“Pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang cerah. Dengan usaha bersama, kita dapat membuka pintu kepada peluang yang lebih besar.” Pihak PSB UUM berharap projek ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif yang bermanfaat pada masa hadapan. Semoga usaha ini memberi impak positif dan berterusan kepada pelajar dan guru di SK Kampong Gelam serta memperkukuhkan lagi hubungan antara PSB UUM dan komuniti setempat.

-TAMAT-

Disediakan oleh:

Siti Ainsyah binti Kamis
Penolong Pustakawan (S29)
Bahagian Komunikasi Korporat