9 Disember 2018 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah terpilih sebagai salah satu pusat tanggungjawab (PTJ) untuk menjalankan kajian bagi menguji instrumen baharu audit anugerah kecemerlangan 2017/2018 yang telah ditambahbaik oleh Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) dengan kerjasama CETMA pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Antara juruaudit yang terlibat dalam kajian ini adalah Prof. Madya Dr. Norsiah binti Abdul Hamid, Rozana binti Mohamed Hanifa dan seorang wakil daripada CETMA. Turut serta dalam sesi ini adalah Encik Razak Siamin dan Encik Saarif Rosli Saarif Ahmad selaku wakil jabatan perpustakaan bagi membantu proses kajian ini berlangsung.
Auditor turut menekankan kepada jabatan agar membuat persediaan awal bersama bukti-bukti yang didokumenkan dengan rapi bagi melancarkan proses audit yang akan datang nanti. Selain itu, mereka juga memberikan cadangan-cadangan penambahbaikan khusus meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan kepada pengguna.
Disediakan dan gambar oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil