
13 Februari 2019 – Satu Bengkel Perisian Mendeley anjuran Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Pelanggan telah diadakan bertempat di Makmal Komputer 2, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) bermula jam 9.00 pagi.
Bengkel ini telah disampaikan secara ‘hands on’ oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Izwan Nizal Bin Mohd Shaharanee, pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kuantitatif kepada semua Pustakawan dan Penolong Pustakawan PSB. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta kemahiran menggunakan Mendeley supaya dapat disampaikan kepada pengguna perpustakaan kelak.
Sesi khas pemasangan aplikasi Mendeley ini telah diadakan pada 12 Februari bagi melancarkan bengkel Mendeley. Sesi khas ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Shazwan Nabil Shukor iaitu Pegawai Teknologi Maklumat, PSB juga secara ‘hands on’.
Semasa bengkel ini, semua Pustakawan telah diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan program Mendeley ini secara efektif. Menurut Dr. Izwan ‘Mendeley is a free reference manager and an academic social network’. Tambah beliau lagi, Mendeley juga adalah sebuah ‘desktop and web program produced by Elsevier for managing and sharing research papers, discovering research data and collaborating online’. Oleh yang demikian, penggunaan Mendeley ini amat berguna buat para penyelidik dalam membantu mereka membuat penyelidikan.
Bengkel ini telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari.
Disediakan dan gambar oleh: Noraini Alias