Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menyahut seruan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah melancarkan Tabung Mangsa Banjir dan Misi Bantuan Kemanusiaan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
PSB telah menyelaraskan kutipan sumbangan bagi Tabung Mangsa Banjir yang telah dilancarkan oleh Universiti Utara Malaysia dikalangan kakitangannya sendiri. Sehubungan dengan itu kutipan wang tunai dan pakaian terpakai Fasa 1 telah dilakukan pada 30 Disember 2014 melalui wakil Bahagian-Bahagian di PSB.
Pusat penerimaan sumbangan oleh warga PSB ditempatkan di Bilik Mesyuarat Paras 1. Bagi memudahkan tugas pengedaran, semua barang sumbangan terutama pakaian terpakai telah diasingkan mengikut jenis, jantina dan sebagainya. Kesemua sumbangan telah di hantar ke DPP Petronas pada 1 Januari 2015 yang dijadikan sebagai tempat pengumpulan sumbangan kepada mangsa banjir.
Ketua Pustakawan,Encilk Salleh Hudin Mustaffa menyatakan sumbangan ini amatlah bermakna dan mengucapkan terima kasih kepada staf kerana prihatin dan dapat membantu mangsa-mangsa banjir yang sedang dalam kesusahan. Katanya lagi, “PSB akan meneruskan kutipan sumbangan terutamanya dalam bentuk wang ringgit untuk fasa seterusnya”.
Oleh: Isanuddin Bidin | Gambar oleh: Mohd Fuzi Ismail