PSB menerima kunjungan daripada penilai-penilai Asean University Network – Audit Quality Assurance (AUN-QA) yang antaranya terdiri daripada Head Academic Quality Assurance Board, Universitas Indonesia, Prof. Dr. Hanna H. B Iskandar, penilai dari Badan Standard Nasional Pendidikan Jakarta, Dr.Titi Savitri P. bersama beberapa penilai lain serta sekretariat. Ketibaan mereka di PSB diiringi oleh pegawai dari Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) serta disambut baik oleh warga PSB.
Lawatan ini bertujuan melihat serta menilai secara menyeluruh mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang terdapat di PSB. Para penilai diberi taklimat ringkas mengenai PSB dan seterusnya dibawa melawat kawasan sekitar Perpustakaan. Antara tempat-tempat yang dilawati oleh mereka adalah seperti ruangan koleksi am serta koleksi khas dan media seperti thesis dan disertasi. Malahan mereka turut diberi demonstrasi penggunaan self-check machine, bookdrop dan lain-lain kemudahan yang ada.
Di akhir lawatan, para penilai merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan, serta pihak PSB khususnya dan Universiti Utara Malaysia amnya berharap agar sesi lawatan penilaian AUN-QA ini dapat memberi kesan yang baik dan membantu Universiti dalam memperolehi pensijilan akreditasi program-program pengajian yang telah dinilai.