PSB ANJUR “WEBINAR ON ADVANCED INFORMATION RESEARCH SKILLS” KHAS UNTUK PELAJAR PASCA SISWAZAH

28 April 2020 – Seramai 60 orang peserta telah menyertai Webinar yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Ianya telah disampaikan oleh Cik Mazyana Hashim selaku Fasilitator Webinar tersebut. Beliau juga merupakan Ketua Bahagian Perkhidmatan Pengguna.

Semua peserta adalah terdiri daripada pelajar Pasca Siswazah, Universiti Utara Malaysia (UUM). Webinar ini adalah salah satu inisiatif pihak PSB khasnya bahagian yang terlibat untuk meneruskan penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada semua pelajar UUM menerusi platform Cisco Webex Meeting

Antara intipati “Webinar on Advanced Information Research Skills” ini adalah mereka diberi pendedahan mengenai tatacara mendapatkan maklumat menerusi laman sesawang PSB, sedikit informasi mengenai penerbitan artikel jurnal yang berkualiti, pengenalan kepada pangkalan-pangkalan data seperti Scopus dan Web of Science (WoS), teknik pencarian yang berkesan dan lain-lain lagi.

Menurut Cik Mazyana “Perpustakaan tidak beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung dan bengkel pendidikan pengguna secara bersemuka juga tidak dapat dilaksanakan. Justeru, Bahagian Perkhidmatan Pengguna mengambil pendekatan bagi menjalankan latihan secara atas talian kepada pelajar. Sesi pertama webinar kali ini memberi penekanan kepada pencarian maklumat pada pangkalan data langganan perpustakaan dengan menggunakan effective searching techniques yang melibatkan penggunaan kata kunci yang betul, carian melalui frasa, Boolean logic, truncation and wildcard dan nested searches. Selain itu, pelajar juga diberikan panduan dan maklumat mengenai jenis-jenis rujukan yang digunakan dan kepentingan untuk “cite” sesuatu sumber di samping teknik-teknik penulisan bermutu untuk mengelakkan berlakunya plagiarism. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai publishing tools dan research visibility. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk membuat carian maklumat yang lebih berkesan dan juga penerbitan artikel yang bermutu dengan pemilihan jurnal berindeks atau jurnal bersitasi”.

Webinar ini telah berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Ianya adalah suatu kejayaan kerana mampu menghubungkan ramai peserta dari seluruh pelosok negara tatkala negara Malaysia di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Melihat kepada kejayaan ini, sememangnya ia adalah di luar norma kebiasaan namun ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mazyana Hashim