BENGKEL PELAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN PEMURNIAN SIRI 3

PSB Online: Memasuki siri yang ketiga, Bengkel Pelan Perancangan Strategik dan Pemurnian dijangka akan memantapkan lagi penyediaan satu rangka dasar perancangan lima tahun yang menggariskan hala tuju perpustakaan dalam menyokong dasar-dasar utama universiti agar dapat kekal relevan pada masa hadapan. Ianya telah diadakan pada 24 dan 26 Ogos 2020 yang lalu bertempat di Ruang Latihan, Paras 3, Bangunan Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).

Komited dalam menghasilkan pelan yang mengambil pendekatan pemantapan servis dan perkhidmatan di perpustakaan agar  sejajar dengan aspirasi dan hala tuju universiti, PSB fokus kepada mencapai tahap tertinggi dalam kepuasan pengguna serta mempelbagaikan sumber rujukan maklumat dengan menggunakan kepakaran sedia ada dan juga mengambil manfaat daripada peluang-peluang tersedia yang boleh digunakan ke arah kebaikan bersama.

Fokus utama bengkel kali ini adalah mengenai pembentukan strategi dan inisiatif serta membuat pemurnian dan sasaran. Antara intipati bengkel adalah tugasan dalam menyatakan definisi terbaik untuk setiap strategi terpilih. Menurut fasilitator bengkel iaitu Prof. Madya Dr. Che Azlan, dengan mendefinisikan setiap strategi tersebut ianya dapat memberi takrifan yang jelas terhadap apa yang bakal dilaksanakan kelak. Tambah beliau lagi, pernyataan definisi adalah langkah penting untuk semua faham dan tahu apa yang perlu dilakukan.

Dengan adanya pelan strategik, pelbagai langkah, program dan aktiviti yang menjurus ke arah pembangunan, perkhidmatan dan penyampaian servis terbaik dapat dipertingkatkan seiring dengan hasrat universiti.

Kedua-dua bengkel ini tamat sekitar jam 1.00 tengahari.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Noraini Alias & Izhar Hashim