PENILAIAN PERTANDINGAN INOVASI ZON 5S BERTEMAKAN NORMA BAHARU

PSB Online – Umum mengetahui bahawa kesan jangka panjang penularan wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia adalah memerlukan kita menukar kebiasaan gaya hidup. Kehidupan kita tidak akan sama seperti sebelum ini dan kita perlu mengamalkan norma budaya kehidupan baharu.

Apa yang dimaksudkan dengan norma budaya kehidupan baharu ini adalah budaya tiga serangkai iaitu kita hendaklah kerap membasuh tangan, mengamalkan penjarakan sosial serta penggunaan penutup hidung dan mulut bagi mereka yang tidak sihat. Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) juga tidak terkecuali dengan turut menyedia dan mengamalkan amalan-amalan baharu ini. Oleh yang demikian, satu Penilaian Pertandingan Inovasi Zon 5S yang bertemakan norma baharu telah diadakan pada 23 Disember 2020.

Pertandingan ini adalah anjuran Jawatankuasa 5S PSB yang dipengerusikan oleh Pn. Rahimah Ishak dan ianya telah diadakan pada 1 hingga 30 September 2020 yang lalu. Penyertaan pertandingan inovasi ini adalah terbuka kepada semua Zon 5S di PSB. Terdapat 5 Zon yang telah menghantar penyertaan iaitu Zon Delima, Zon Nilam, Zon Zamrud, Zon Intan dan Zon Jade.

Penilaian kali ini telah diaudit oleh juri yang dilantik iaitu En. Razak Siamin, Pn. Norma Said dan Cik Hanie Azyyati Abd Jamil. Mereka telah dibawa ke zon-zon terlibat dan menilai inovasi-inovasi yang telah dihasilkan oleh ahli zon untuk manfaat pengguna dan staf PSB. Zon yang berjaya dinobat sebagai juara bakal diumum oleh Ketua Pustakawan di majlis rasmi PSB yang akan datang.

Penilaian yang bermula pada jam 9.00 pagi ini tamat sekitar jam 12.30 tengahari. Semoga PSB akan sentiasa prihatin akan keselamatan pengguna dan staf dengan pengamalan budaya 5S dan norma baharu yang betul.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Siti Suriyani Muhamad