AUDIT PEMATUHAN AKREDITASI SECARA ONLINE

PSB Online  –  Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima dua Lawatan Penilaian Audit Pematuhan Pascasiswazah secara atas talian  dari para Panel Auditor  pada 21 Feb 2021. Ini adalah audit pematuhan akreditasi bagi 4 Program Pascasiswazah bagi Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) dan juga  bagi Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tujuan lawatan  penilaiaan audit pematuhan ini adalah untuk memastikan PSB sebagai sebuah pusat sumber maklumat telah berjaya menyediakan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan  yang relevan dan  terkini dalam memenuhi  kehendak dan keperluan pelajar khususnya pelajar  program pasca siswazah bagi menyokong usaha pembelajaran dan pengajaran  di UUM.

Lawatan audit secara siaran langsung (live streaming) ini telah bermula pada pukul 3.00 petang menerusi aplikasi Cisco Webex di Aras 2, Bangunan Tambahan PSB. Proses audit ini telah diadakan melalui 2 sesi. Sesi lawatan maya yang  pertama adalah bagi mengaudit Program Pascasiswazah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Islam. Auditee yang mewakili PSB adalah Cik Noraini Alias, Pustakawan dari Unit Komunikasi Korporat PSB. Manakala, lawatan audit  bagi Program Pascasiswazah Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun, dan Falsafah pula bermula pada jam 3.30 petang dan dipandu oleh Puan Wan Hanis Kamarruddin, Pustakawan  dari Unit Perkhidmatan Maklumat Ilmiah.

Sesi lawatan bagi kedua-dua sesi ini telah dimulakan dari bilik khusus disediakan untuk pelajar pascasiswazah UUM iaitu ‘Postgraduate  Learning Common’. Di lokasi ini, para Auditor telah  dibawa meninjau kemudahan yang tersedia di situ seperti bilik perbincangan,  karel terbuka, ruang bacaan umum, ruang santai dan ruang meja berkomputer. Seterusnya  lawatan diteruskan ke Kaunter Khidmat Pelanggan untuk melihat  sumber e-resources yang dilanggan PSB  seperti pangkalan data, e-book , UUM resources dan juga open access resources. Auditor juga turut dibawa meninjau secara selayang pandang  dari aras dua ke aras satu yang  menempatkan  keseluruhan  koleksi umum di  PSB. Auditor juga turut dimaklumkan bahawa buat masa ini, koleksi umum adalah tidak dibuka untuk diakses oleh pengguna PSB ekoran mematuhi  prosedur operasi standard (SOP)  pandemik  COVID-19 .

Lawatan penilaian audit pematuhan ini telah berakhir pada jam 4.00 petang dengan beberapa soalan turut diaju oleh para panel auditor. PSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf yang terlibat yang telah memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi untuk membantu menjayakan proses audit secara atas talian ini.

 

Disediakan oleh : Azniza Binti  Ahmad

Gambar :  Azniza Binti Ahmad dan Wan Hanis Kamarruddin