AUDIT EKSA 2024 DI PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH : SALAH SATU JABATAN DALAM ZON 4

PSB ONLINE :  Pada 12 September 2024 (Khamis), PSB telah diaudit oleh kumpulan auditor Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) universiti yang diketuai oleh Puan Haslida Binti Ismail dengan dibantu oleh 12 ornag  juruaudit bagi Zone 4 adalah seramai 13 orang orang.

Sesi audit telah dijalankan dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 11.30 pagi di PSB sebagai salah satu jabatan yang dikategorikan dalam zon 4 . Sesi audit telah dijalankan di Kaunter Perkhidmatan PSB, ruang pejabat, ruang laluan PSB, ruang-ruang kemudahan  untuk pengguna perpustakaan dan sebagainya.

Audit kali ini merupakan audit dalaman EKSA yang pertama dijalankan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) dan  UUM berdasarkan peralihan UUM dari Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang ditawarkan oleh Malaysian Productivity Senter (MPC) kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang ditawarkan oleh MAMPU.

UUM memilih EKSA bagi tujuan meningkatkan amalan kebersihan dan keselamatan di pejabat bagi menambahkan produktiviti staf dengan penyediaan dan penjagaan kemudahan persekitaran yang kondusif, bersih dan selamat dan memudahkan serta mempercepatkan proses kerja staf, seterusnay dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan PSB dan semua jabatan dalam UUM kepada pelanggan dan pemegang taruh universiti.

-Tamat-