AUDIT PEMATUHAN PELAKSANAAN KELAZIMAN BAHARU PSB

3 Jun 2020 – Dalam persediaan pembukaan semula operasi Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) kepada pengguna, satu Audit Pematuhan Pelaksanaan Kelaziman Baharu telah dilaksanakan dengan teliti.

Audit ini adalah bertujuan untuk memastikan keseluruhan ruangan bangunan PSB telah diperiksa untuk dibuat susun atur dan label penjarakkan sosial serta   keperluan-keperluan keselamatan dan kesihatan yang lain sebelum PSB dibuka semula untuk pengguna.

Audit ini telah melibatkan semua Pustakawan bermula dari gred S41 sehingga S48 sebagai juruaudit. Mereka semua telah dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan kecil dan setiap kumpulan telah diberi lokasi tanggungjawab masing-masing untuk dibuat pemeriksaaan. Antara aspek yang perlu disemak adalah mengenai kawalan penggunaan dan penjarakkan fizikal, pengurusan kakitangan, pengurusan perkhidmatan perpustakaan, pengurusan koleksi, laluan masuk dan keluar bangunan, penggunaan lif, perkhidmatan kaunter, perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan, kaedah mendapatkan bahan di rak dan lain-lain perkhidmatan.

Setelah itu, laporan hasil audit perlu diserahkan kepada Pn. Norma Said, Ketua Bahagian, Unit Latihan dan Kualiti untuk dikumpulkan dan dibuat pelaksanaan secepat mungkin. Audit ini dilihat sebagai suatu perkara yang amat penting sekali dilaksanakan agar pembukaan semula PSB kepada pengguna yang dijadualkan bermula 7 Jun 2020 nanti adalah lancar.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Abdul Hadi Mat Taib & Noraini Alias