BEDAH BUKU SIRI 11 :  UNSHAKEABLE: HOW TO BE CONFIDENT WHEN YOU’RE NERVOUS OLEH PUAN SAKINAH ZAINOL

PSB ONLINE : Pada 7 November 2024, siri bedah buku ke 11 diadakan. Tajuk buku yang dipilih ialah Unshakeable: How to Be Confident When You’re Nervous, hasil tulisan Aiman Azlan dan terbitan Iman Publication Sdn. Bhd. Pada tahun 2018. Bedah buku ini disampaikan oleh Puan Sakinah Zainal, pustakawan, yang berkongsi pemahaman mendalam mengenai cara meningkatkan keyakinan diri, terutamanya bagi individu yang berdepan dengan kegelisahan dan kurang percaya diri.

Sedikit ringkasan mengenai buku Unshakeable: How to Be Confident When You’re Nervous ialah panduan motivasi diri yang relevan dan menyeluruh, khususnya untuk generasi muda yang bergelut dengan isu keyakinan diri. Diilhamkan oleh anekdot yang tidak terkira banyaknya daripada golongan muda dengan pelbagai isu keyakinan diri. Buku ini dapat dijadikan sebagai panduan bantu diri untuk membina keyakinan diri dari awal dengan petua dan helah praktikal yang terbukti daripada kesusasteraan saintifik dan pengalaman peribadi penulis sendiri.

Ditulis dalam bahasa Inggeris yang mudah difahami, buku ini turut mesra pembaca yang pembaca yang mungkin kurang fasih berbahasa Inggeris tetapi ingin meningkatkan keyakinan mereka.

Pengarang menekankan betapa pentingnya mengurus minda dan pemikiran untuk mengatasi rasa gementar serta kegelisahan dan bukan dengan menghapuskannya, tetapi dengan mengawal dan memahami fungsinya. Buku ini membantu pembaca mengenal pasti asal-usul rasa gementar, memahami cara minda berfungsi, dan menawarkan kaedah untuk menghadapi cabaran tersebut dengan bijaksana.

Pengarang juga menyentuh mengenai rasa gementar dalam kehidupan berkaitan dengan individu muda yang menghadapi cabaran keyakinan diri, menawarkan pengalaman dan penyelesaian yang boleh dikaitkan.

Dengan panduan yang praktikal, buku ini menyediakan pendekatan yang boleh diaplikasikan dal  am kehidupan seharian untuk membina keyakinan diri yang teguh dan berterusan. Buku ini sangat sesuai dijadikan rujukan bagi sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki keyakinan diri mereka dengan panduan yang mudah, tetapi mendalam dan bermakna.

-TAMAT

Oleh : Nur Adisya Binti Musa

           Pelajar praktikum Pusat Pengajian Sains Maklumat,

           Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik dan Matematik,  UiTM Kampus

           Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor