BEDAH BUKU SIRI 12 : PERFORMANCE AT THE LIMIT : BUSINESS LESSONS FROM FORMULA 1 MOTOR RACING.

PSB ONLINE: Siri Bedah Buku 12 telah dijalankan pada 21 November 2024 yang lalu oleh Cik Qisthina Adina Muhammad Faisal, Pelajar Latihan Industri, Program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, UiTM dengan buku yang dipilih bertajuk “Performance at the Limit: Business Lessons from Formula 1 Motor Racing”, hasil tulisan dari tiga orang penulis terkemuka iaitu Mark Jenkins, Ken Pasternak dan Richard West dan diterbitkan oleh Cambridge University Press pada tahun 2005. Buku berkenaan membincangkan mengenai bagaimana prinsip kepimpinan, strategi, dan ketahanan yang digunakan dalam Formula 1 boleh diaplikasikan dalam dunia pengurusan.

Ringkasan buku “Performance at the Limit: Business Lessons from Formula 1 Motor Racing” menceritakan rahsia kejayaan pasukan Formula 1 yang telah mendominasi sukan permotoran dengan gabungan inovasi, kerjasama, dan kepimpinan. Antara isi kandungan yang terdapat dalam buku merangkumi Pengenalan, Mengapa Perlumbaan Motor Formula 1?,Rangka Kerja Prestasi, Individu, Pasukan, Rakan Kongsi, Organisasi, Integrasi, Inovasi, Transformasi, Pencapaian dan dilengkapi dengan 10 panduan pembelajaran dari Perlumbaan Formula 1.

Tema utama buku ini ialah usaha dan teknik mencapai prestasi tinggi, yang merupakan tumpuan kritikal bagi sesebuah organisasi. Pengarang menggunakan dunia perlumbaan Formula 1 yang mempunyai kepentingan sebagai kajian kes untuk menggambarkan cara pengurusan yang boleh mencapai prestasi maksimum pada semua peringkat, termasuk pringkat individu, pasukan, rakan kongsi dan organisasi.

Selain itu, pengarang juga ada menjelaskan pemimpin pasukan Formula 1 sering meghadapi situasi bertekanan tinggi yang memerlukan fokus dan keberanian untuk membuat keputusan yang signifikan. Cik Qisthina Adlina juga mengetengahkan kandungan buku berkenaan berkaitan kajian kes daripada pasukan terkenal seperti McLaren dan Ferrari.

Buku ini mendedahkan rahsia kejayaan mereka, termasuk elemen inovasi, kerjasama pasukan, dan ketangkasan dalam membuat keputusan. Antara inovasi yang dilaksanakan oleh Formula 1 ialah kaedah menyewa enjin dan tidak membeli enjin. Ini telah dikemukakan oleh Bernard Furgeson, Pengarah Pengurusan Cosworth.

Selan itu, pengarang juga membincangkan 10 pengajaran pengurusan dari Formula 1 iaitu;

  1. Kekalkan komunikasi terbuka dan berterusan.
  2. Asingkan masalah, bukan orangnya: budaya tidak menyalahkan orang lain.
  3. Membina organisasi dengan proses yang tidak formal, rangkaian dan perhubungan.
  4. Mengimbangi matlamat antara individu, pasukan dan rakan kongsi.
  5. Fokus, fokus, fokus.
  6. Membuat keputusan yang cepat dan belajar daripada hasilnya.
  7. Pencapaian sebenar dicapai melebihi had.
  8. Bersikap relaistik tentang apa yang boleh dicapai.
  9. Jangan percaya anda boleh sentiasa menang.
  10. Pemimpin wujud di semua peringkat organisasi.

Segala perkongsian yang dibawakan oleh Cik Qisthina Adlina adalah berdasarkan kandungan buku berkenaan. Untuk pembacaan lanjut, buku ini boleh didapati di Perpustakaan Sultanah Bahiyah dengan nombor panggilan buku HF5549.5 P37 J52p 2005 n1.

-TAMAT-

Disediakan oleh:

Siti Hazniza Binti Abdul Khadir
Pelajar Latihan Industri
Program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani Kedah.