BEDAH BUKU SIRI 10 : PARENTING JOURNEY: 154 TIPS & TRICKS PARENTING BERMANFAAT

PSB Online: Siri Bedah Buku 9 telah dijalankan pada 25 Oktober 2024 oleh Encik Amirul Kasyful Nur Zulkifli, Penolong Pustakawan dengan buku pilihannya bertajuk “Parenting Journey:154 Tips & Tricks Parenting Bermanfaat”, hasil tulisan oleh Fhaisal Salim dan diterbitkan oleh Habupar Press Sdn. Bhd. pada tahun 2024. Buku ini merupakan buku edisi ke-2 iaitu sambungan dari buku pertama yang bertajuk “Seni Marah Anak”. Buku ini membincangkan mengenai aspek keibubapaan moden, termasuk cara menangani cabaran dalam membesarkan anak.

Buku “Parenting Journey: 154 Tips & Tricks Parenting Bermanfaat” menceritakan betapa pentingnya memahami fitrah anak-anak, di mana setiap anak adalah unik, dan perlunya pendekatan yang disesuaikan dengan keperibadian dan keperluan mereka. Selain itu, pengarang juga menekankan mengenai kaedah komunikasi, disiplin positif dan sebagainya. Penulis juga ada menyatakan “Kita semua sedang berjuang untuk mendidik dan membentuk anak-anak supaya berjaya di dunia dan akhirat”.

Antara topik perbahasan dalam buku ini merangkumi topik: Jaga Anak Memang Penat Ke?, Salah ke Rasa Stress Jaga Anak?, Ayah Superheroku, 5 Fakta Tentang Anak-Anak, 6 Individu Yang Anak Kena Hormat, Dua Dunia, Tak Pernah Jadi Budak-Budak Ke?, Anak-Anak Dah Cukup Perfect, Senyum Ajar Anak, Banyakkan Masa Bermain dan sebangainya. Segala isi kandungannya yang dikongsikan bertujuan membantu ibubapa mengatasi cabaran keibubapaan seperti tekanan, burnout, dan salah faham terhadap tingkah laku anak-anak. Menurut Encik Amirul Kasyful Nur, pengarang bukan sekadar menyediakan teori, tetapi juga memberi penekanan kepada realiti hidup seperti kekangan masa, hubungan jarak jauh, dan pengalaman yang berbeza untuk setiap keluarga.

Antara pengajaran yang dapat diambil daripada buku ini adalah panduan untuk menangani tekanan, keletihan, dan perasaan negatif yang sering dihadapi oleh ibu bapa, terutamanya bagi mereka yang mengurus anak-anak secara sendirian atau mengurus dan mendidika anak istimewa​ atau kelaianan upaya. Buku ini sangat sesuai dibaca dan dihayati oleh ibu bapa yang mahu memperbaiki hubungan dengan anak-anak, memahami keperluan mereka dengan lebih mendalam, dan mencari inspirasi untuk menjadi insan terbaik sebagai ibu bapa dan mendidik anak-anak  dengan lebih adil dengan berusaha mewujudkan suasana tenang tanpa emosi yang negatif dan cepat marah.

-TAMAT-

Disediakan oleh:

Siti Hazniza Binti Abdul Khadir
Pelajar Latihan Industri
Program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani Kedah.