PSB ONLINE: Pada 3 Disember 2024 Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan bengkel Workshop on Bibliometric “Maximize Your Library’s Impact: Data-Driven Decisions for Effective Resource Management Using Bibliometritcs”. Bengkel ini diadakan di Makmal Komputer 1, pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bengkel ini dijalankan selama satu hari dan disertai oleh 21 orang peserta yang terdiri daripada pustakawan dan penolong pustakawan. Bengkel ini dikendalikan oleh Dr. Md. Abdul Kafi dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Tujuan bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pustakawan mengenai aplikasi bibliometrik, serta cara-cara untuk menggunakan perisian dalam membuat keputusan melanggan atau membeli koleksi bahan ilmiah yang berkualiti. Bengkel ini juga bertujuan meningkatkan pemahaman mengenai konsep dan prinsip bibliometrik dalam kalngan pustakawan serta mendedahkan mereka kepada perisian dan alat analisis bibliometrik yang berguna dalam pengurusan maklumat akademik serta melatih pustakawan dalam penggunaan teknik bibliometrik untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan perpustakaan dalam menyokong penyelidikan. pengajaran dan pembelajaran.
Antara topik bengkel yang dikongsikan adalah:
- Pengenalan kepada Bibliometrik
- Pengenalan kepada perisian dan sumber untuk Analisis Bibimetrik
- Metodologi dan Teknik Analisis Bibliometrik
- Aplikasi Bibliometrik dalam Pengurusan Koleksi Perpustakaan
- Etika dan Cabaran dalam Pengurusan Bibliometrik.
Antara kaedah pengajaran yang digunakan adalah penyampaian teori dan konsep asas bibliometrik oleh fasilitator, pengenalan dan penggunaan perisian analisis bibliometrik iaitu demonstrasi langsung dan melalui latihan praktikal iaitu peserta dibimbing untuk melakukan analisis data secara langsung menggunakan perisian yang disediakan.
Dengan kemahiran analisis bibliometrik yang lebih baik, pustakawan akan lebih bersedia untuk menyokong penyelidikan di institusi mereka serta meningkatkan impak dan keberkesanan perkhidmatan perpustakaan.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Siti Hazniza Binti Abdul Khadir
Pelajar Latihan Industri
Program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Sungai Petani Kedah.