BENGKEL LIBSearch BANTU PELAJAR BAHARU KENALI PERPUSTAKAAN

Bermula pada 10 hingga 17 September 2019 yang lalu, satu Bengkel LIBSearch Sesi 2019/2020 telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar baharu mengenai servis dan perkhidmatan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).

Bengkel ini telah diadakan di 3 lokasi yang berbeza iaitu bertempat di Auditorium 1, Auditorium 2 dan Makmal Komputer 1. Semua sesi bengkel adalah diadakan secara serentak di setiap lokasi tersebut. Pada kali ini, bengkel ini telah melibatkan seramai 31 fasilitator yang terdiri daripada  Pustakawan dan Pembantu Pustakawan.

Para pelajar telah diberi penerangan dan tunjuk ajar mengenai tatacara pencarian bahan di PSB serta perkhidmatan dan servis yang ada untuk kegunaan mereka dalam proses pembelajaran nanti. Setiap sesi telah berlangsung selama 1 jam dan di akhir sesi para pelajar telah diuji kefahaman dengan satu permainan kuiz secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Kahoot. Para pelajar kelihatan teruja menjawab soalan tersebut kerana permainan ini bersifat interaktif dan menyeronokkan.

Semoga dengan pengajuran bengkel ini, ianya mampu memberi pendedahan asas kepada para pelajar dalam mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail