BIAR JASA JADI KENANGAN

PSB Online [Berita Muzium] – Pada 20 November 2020 yang lalu, satu majlis perpisahan dan pertukaran pegawai  telah diadakan oleh  Bahagian Muzium Pengurusan Universiti  Utara Malaysia di Manager’s Coffee. Majlis  ringkas tersebut melibatkan semua kakitangan Muzium Pengurusan UUM dan  ianya adalah majlis penghargaan kepada Puan Wan Hanis Binti  Kamarruddin  yang berpindah bahagian setelah hampir  lapan tahun berkhidmat  dibawah unit Muzium sejak tahun 2013. Puan Wan Hanis juga merupakan antara Pustakawan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah yang terlibat dengan Muzium Pengurusan UUM sejak Unit Muzium ini diletakkan di bawah pentadbiran Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) bermula pada tahun 2012.

Majlis ini juga diadakan bagi mengalu-alukan kedatangan Pustakawan, iaitu Puan Noorfauziati Binti Mat Yatim ke Bahagian Muzium Pengurusan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah Muzium Pengurusan UUM iaitu  Dr. Haji Kasri Bin Saidon dan juga ucapan daripada Puan Wan Hanis sebelum diakhiri dengan satu upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan  dari Pihak Muzium Pengurusan UUM kepada Puan Wan Hanis atas segala jasa dan sumbangannya.

Pengarah dan seluruh warga Muzium Pengurusan UUM turut mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Puan Wan Hanis yang bertukar ke Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Maklumat  Ilmiah (BPKMI) di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).

Terima kasih dan jasamu akan sentiasa dikenang Cik Wan!

 

Disediakan dan gambar oleh: Muzium Pengurusan UUM