CERAMAH RAMADAN SIRI 1 : “RAMADAN ANUGERAH TERINDAH”

PSB Online: Ceramah Ramdan Idijalankan oleh  Kelab Kebajikan Perpustakaan (BAKAL) pada 19 Mac 2024 di Auditorium 1, Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Dalam ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr . Muhammad Amar Bin Mahmad menjelaskan bahawa banyak  amalan yang boleh diamalkan bagi mendapatkan redha Allah SWT di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak , antaranya ialah memperbanyakkan zikir lailahaillallah, iaitu kalimah yang paling baik dan paling agung.  Selain itu, Ustaz juga memperingatkan supaya memperbanyakkan istigfar, terutama sayyidul istigfar sebagai penghulu segala istigfar.

Umat Islam juga perlu banyak berdoa  supaya dimasukkan ke dalam syurag yang paling tinggi darjatnya, iaitu Syurga Firdaus. Doa sepatutnya dilafazkan dengan jelas dan mencapai maksud hajat setiap pendoa. Boleh dilafazkan doa dengan lafaz  “Ya Allah, kurniakan kepada  kami, hamba-hambMu  rezeki masuk ke dalam syurga FirdausMu”. Minta juga supaya dijauhkan  dari  azam kubur dan dari dihumban ke dalam neraka Allah SWT. Dalam bulan Ramadan Al-Mubarak, umat Islam disarankan suoaya memperbanyakkan doa kerana doa dalam bulan Ramadan maqbul dan penuh keberkatan. Amalan membaca Al-Quranul Kareem, harus dibaca dengan tartil, iaitu betul tajwid dan mengkaji maknanya sebagai panduan dalam kehidupan. Namun dalam bulan Ramadhan, membaca tanpa mengkaji juga diberi ganJaran yang amat besar, sehingga bagi satu huruf yang dibaca akan diberi balasan dengan 10 kebaikan.