DUA ORANG AHLI LPU TERUJA DENGAN KOLEKSI MUZIUM PENGURUSAN

PSB Online: Pada 21 Mac 2024 Khamis, Muzium Pengurusan menerima lawatan dari dua orang ahli LPU, iaitu  YBrs. Tuan Haji Zambri Mat dan Prof. Dr. Sany Sanuri Mohd Mokhtar. Mereka disambut dan diraikan oleh Ketua Pustakawan, Prof. Dr. Che Alan Taib dan En. Norhardi Saad, Ketua Bahagian Arkib Universiti dan Muzium Pengurusan. Lawatan berpandu dibawa dan disampaikan oleh Pustakawan Kanan, En. Suparman Sukri dan En. Iznan Kassim, Penolong Kurator.

YBrs. Tuan Haji Zambri Mat dan Prof. Dr. Sany Sanuri Mohd Mokhtar sangat teruja dengan koleksi Muzium Pengurusan yang meliputi sejarah penubuhan Universiti Utara Malaysia dan artifak-artifak yang dipamirkan berkaitan sejarah bidang pengurusan.Turut menarik perhatian mereka ialah pembentukan dan penyusunan bangunan dalam kampus yang melambangkan bentuk keris serta sejarah negeri Kedah sebagai pengeluar besi Turut serta dua orang Pegawai dari  Jabatan Canselori, iaitu Muhammad Azri Solahudin dan Ahmad Rahimi Husin.