JAMUAN RAYA PSB 2024

PSB ONLINE : PSB tidak ketinggalan dalam menghargai semua staf dengan mengadakan jamuan Aidil Fitri pada 7 Mei 2024 bertempat di ruang legar Auditorium 2, Bangunan Tambahan Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Majlis sangat meriah dengan juadah yang pelbagai, termasuk daging kambing bakar, laksa, ketupat daun palas, lemang, rojak buah, kek  dan sebagainya.

Ini adalah kali pertama majlis jamuan Aidil Fitri PSB bersama Ketua Pustakawan baharu, Profesor Dr. Che Azlan Taib yang menggantikan mantan Ketua Pustakawan, En. Salleh Hudin Mustaffa yang telah berpencen pada tahun 2023. Ketua Pustakawan, Prof. Dr Che Azlan sangat berterima kasih kepada semua AJK Badan Kebajikan dan Amal Perpustakaan (BAKAL) yang telah bertungkus lumus menguruskan majlis sehingga berjaya dilaksanakan dan memberi sedikit rasa kebahagian dan keseronokan sesama staf PSB iaitu ahli-ahli kelab BAKAL.

Para hadirin turut didendangkan lagu-lagu raya oleh beberapa staf yang berbakat dan majlis tahunan ini tamat pada pukul 2.00 petang.