
Pada 18 Mei 2017 yang lalu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan lawatan ke Pusat Budaya dan Seni (PBS), UUM. Mereka terdiri daripada Jawatankuasa 5S PSB bersama Ketua Zon dan staf yang terlibat serta diketuai oleh En. Razak Siamin selaku Pengerusi Jawatankuasa 5S.
Objektif utama lawatan penandaarasan ini adalah untuk mendapatkan inspirasi serta idea-idea baharu dalam melaksanakan amalan 5S di PSB.
Ketibaan pihak PSB telah disambut mesra oleh Pengarah PBS iaitu En. Huzaidy Hussain. Sebagai permulaan, beliau telah memberi sedikit taklimat ringkas mengenai PBS serta sejarah pelaksanaan 5S di PBS. Selain itu, beliau turut kongsikan tips-tips amalan terbaik mereka.
Sesudah itu, kami dibawa melawat kawasan sekitar PBS beserta penerangan berhubung konsep 5S yang telah diterapkan. Lawatan ini telah berakhir pada jam 12.00 tengahari.
Semoga lawatan penandaarasan ini dapat memberi nilai positif serta idea-idea yang baharu untuk diaplikasikan di PSB kelak.
Disediakan oleh: Noraini Alias
Gambar oleh: Mazyana Hashim & Siti Norain Ismail