Pihak Pengurusan Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan satu taklimat penilaian aktiviti dan tugas kepada semua staf yang bertempat di Auditorium 2, PSB pada 29 Februari 2016. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Salleh Hudin Mustafa, Ketua Pustakawan.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai keperluan pihak pengurusan untuk membuat semakan dan audit pengurusan sumber manusia di perpustakaan secara menyeluruh. Menurut Ketua Pustakawan bahawa setiap staf perlu mengisi borang penilaian aktiviti dan tugasan secara individu pada setiap hari serta ianya perlu disahkan oleh pegawai penyelia yang terlibat. Proses ini akan berlangsung selama 30 hari bermula 1 hingga 31 Mac 2016.
Antara objektifnya ialah untuk mendapatkan bukti aktiviti atau tugasan staf bagi membolehkan semakan dan agihan bebanan tugas dilakukan berdasarkan ‘rate for the job’. Menurut beliau lagi setiap staf perlu muhasabah diri masing-masing sepertimana sabda Rasulullah s.a.w ” Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas kepimpinannya”.
Dengan adanya taklimat ini, diharapkan staf PSB akan mendapat pencerahan mengenai perkara berkenaan dan secara tidak langsung dapat memberi kerjasama dan sokongan agar usaha penambahbaikan dalam pengurusan sumber manusia ini berjaya dicapai.
Disediakan oleh: Isanuddin Bidin | Gambar oleh: Mad Affrizi Ismail