PSB ONLINE: Pada 30 September 2024 Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan Hari Q dan Apresiasi PSB sebagai kemuncak Bulan Kualiti dan Inovasi PSB sepanang bulan September 2024. Sepanjang bulan Kualiti, PSB telah Berjaya menganjurkan berbagai aktiviti merangkumi Ceramah Kualiti, Pertandingan Bicara Q, Pertandingan Info Hunt Kualiti, Pertandingan Kuiz Kualiti, Pertandingan Rekacipta dan IInovasi dan sebagainya.
Majlis yang diadakan di Auditorium 2, PSB ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi amalan kualiti dalam kalangan semua Pustakawan dan staf perpustakaan. Majlis ini diadakan bagi menghargai semua staf telah menabur budi dan bakti sepanjang berkhidmat di PSB dengan berbagai kategori anugerah.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran En. Ahmad Rasidi Abdullah, Pendaftar Universiti Utara Malaysia bagi menyampaikan anugerah kepada penerima anugerah. Majlis telah dimulakan dengan ucapan perasmian penutup bulan kualiti PSB dari Ketua Pustakawan iaitu Yg.Berusaha Prof. Dr. Che Azlan Taib. Acara sangat meriah dengan pelbagai acara seperti tayangan montaj, bacaan puisi, cabutan bertuah dan penyampaian anugerah kepada staf yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang berkhidmat di PSB. Antara anugerah yang disampaikan adalah seperti berikut:
Penyampaian Hadiah Pertandingan
- Pertandingan Kuiz Kualiti
- Pertandingan Bicara Q dan Inovasi
- Info Hunt Q Challenge
- Pertandingan Rekacipta dan Inovasi
Penyampaian Anugerah PSB
- Anugerah Kehadiran Tip Top
- Anugerah Ikon Cemerlang
- Anugerah Pemimpin Harapan
- Anugerah Inspirasi dan Inovasi
- Anugerah Staf Karismatik
- Anugerah Staf Paling Ceria dan Mesra
- Anugerah Staf Paling Sempoi
- Anugerah Khas JQJ
- Anugerah Khas Ketua Pustakawan
- Anugerah Jasa Setia PSB (berkhidmat selama 20 tahun keatas)
Acara ini diakhiri dengan jamuan makan dan sesi bergambar. DIharapkan, dengan penganjuran Hari Q dan Apresiasi PSB ini, d semangat kecemerlangan dalam kalangan staf PSB akan terus berkembang dan memberikan impak positif kepada PSB, UUM, semua pengguna PSB, sterusnya masyarakat dalam dan luar kampus.