
Pada 5 November 2015 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Penghargaan Ahli Jawatankuasa Jamuan Konvokesyen Ke-28 bagi tahun 2015. Majlis yang berlangsung secara sederhana itu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Paras 1, Bangunan Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah pada jam 10 pagi.
Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk menzahirkan penghargaan kepada 19 orang kakitangannya yang terlibat sebagai AJK Jamuan Konvokesyen Ke-28, 2015. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Encik Salleh Hudin Mustaffa selaku Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah.
Ketua Pustakawan turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat di atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang majlis konvokesyen itu berlangsung.