MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS PENGARAH MUZIUM PENGURUSAN UUM

Muzium Online – Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Muzium Pengurusan UUM, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas pada 7 Februari 2022 yang lalu sempena tamatnya tempoh perkhidmatan Prof. Madya Dr. Mohd Kasri Saidon sebagai Pengarah Muzium Pengurusan UUM. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Encik Salleh Hudin Mustaffa, Ketua Pustakawan serta kakitangan Muzium Pengurusan UUM.

Majlis dimulai dengan ucapan Ketua Pustakawan dan seterusnya ucapan oleh Mantan Pengarah Muzium, Prof. Madya Dr. Mohd Kasri Saidon dan seterusnya upacara penyerahan Nota Serah Tugas kepada Haji Mohd Fairus Abd Majid selaku Pengurus Muzium Pengurusan UUM yang baharu.

Akhir kata jutaan terima kasih diucapkan kepada mantan Pengarah Muzium Pengurusan UUM di atas sumbangan dan bakti beliau ketika bersama muzium.

 

Disediakan dan gambar oleh: Muzium Pengurusan UUM