MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZMI HAMID DI PSB

Pada 7 September  2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah berlangsung Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas sempena persaraan wajib Encik Azmi bin Hamid, Ketua Penolong Pendaftar Kanan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Salleh Hudin bin Mustaffa, Ketua Pustakawan , pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Khidmat Pengurusan PSB.

Pada majlis dimulai dengan ucapan Ketua Pustakawan dan seterusnya upacara penyerahan Nota Serah Tugas kepada Puan Jamilah binti Samsudin selaku Ketua Penolong Pendaftar yang baharu di PSB. Selepas itu diikuti pula sesi ‘Thumbprint’ terakhir Encik Azmi bin Hamid sebagai staf UUM. Tidak ketinggalan pegawai-pegawai serta kakitangan PSB yang lainnya mengambil kesempatan bersalaman sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada beliau. Akhir kata selamat bersara dan jutaan terima kasih atas sumbangan dan bakti di PSB khususnya dan Universiti Utara Malaysia (UUM) am nya kepada Encik Azmi bin Hamid.

Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalung budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman

Disediakan oleh: Isanuddin Bidin

Gambar oleh : Mohamad Fuzi Ismail dan Samsuhaimi Ghazali