MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MOHD FAIZAL MAT DESA DAN PELAJAR PRAKTIKAL

Muzium Online – Pada 19 Januari 2022, Muzium Pengurusan UUM telah mengadakan majlis perpisahan bagi meraikan bekas staf muzium iaitu Encik Mohd Faizal Mat Desa yang telah tamat perkhidmatannya pada 31 Disember 2021.

Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan dan khidmat jasa beliau sepanjang berkhidmat bersama-sama muzium. Selain itu juga, Majlis ini turut meraikan 4 orang pelajar praktikal yang telah selesai menjalani latihan amali mereka selama 4 bulan di sini.

Di kesempatan ini, pihak muzium mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap agar mereka dapat memanfaatkan segala ilmu serta pengalaman yang diperolehi di muzium untuk digunakan di masa hadapan kelak.

Muzium Pengurusan UUM mengucapkan selamat maju jaya.

 

Disediakan dan gambar oleh: Muzium Pengurusan UUM