MUZIUM PENGURUSAN UUM DIKUNJUNGI OLEH PARA SEJARAWAN

PSB Online [BERITA MUZIUM] – Muzium Pengurusan UUM telah menerima lawatan daripada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah (PSMCK) pada 30 September 2020 yang lalu. Seramai  13  ahli  persatuan tersebut  telah disambut oleh  Pengarah Muzium Pengurusan UUM iaitu Dr. Mohd. Kasri Saidon beserta Pustakawan  dan staf muzium yang lain.

Selain  lawatan ke ruang Pameran Muzium, ruang Repositori dan bilik Konservasi, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah juga telah mengadakan satu mesyuarat khas bersama Pengarah Muzium Pengurusan UUM dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Exco PSMCK, Dr. Hj Ibrahim  Bin Haji Bakar.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Haji Ibrahim yang juga merupakan antara penyumbang koleksi barangan artifak di Muzium Pengurusan UUM khasnya berkaitan matawang lama, turut  melahirkan rasa bangga kerana UUM berjaya mewujudkan sebuah muzium yang menjuruskan bidang pengurusan  sebagai tema di dalam dunia permuziuman. Beliau juga berharap agar hubungan rapat bersama Muzium Pengurusan UUM ini dapat diteruskan demi memartabatkan muzium di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Disediakan dan gambar oleh: Muzium Pengurusan UUM