PASUKAN JURUAUDIT AUDIT KUALITI ISO UUM HADIR KE PSB

PSB Online: Kehadiran barisan juruaudit Universiti Utara Malaysia (UUM) ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) adalah bertujuan memantapkan lagi aktiviti pentadbiran di seluruh unit dan bahagian di PSB.

Lawatan Audit IS0 9001:2015 ini telah berlangsung pada 6 September 2020, Ahad yang lalu. Sesi pembukaan adalah pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pustakawan, Paras 3, Bangunan Utama PSB. Antara barisan juruaudit yang ditugaskan semasa lawatan ini adalah terdiri daripada Prof. Madya Dr. Mohd Haniff b. Jedin selaku Ketua Juruaudit, bersama-sama Dr. Mohd Sollehudin bin Shuib, Puan Norimah Alias  dan Cik Wan Norazlinda binti Wanchik.

Audit ini telah berlangsung dengan lancar di mana segala kehendak dan keperluan audit telah berjaya dipenuhi. Walaupun terdapat beberapa teguran dan peluang penambahbaikan, namun ianya adalah sesuatu yang positif untuk diterima dengan hati yang terbuka. Barisan juruaudit ini juga telah dibawa melawat ke beberapa bahagian dan unit terpilih untuk melihat dengan lebih jelas mengenai operasi harian di PSB.

Lawatan audit ini telah berakhir pada jam 5.00 petang seusai mesyuarat penutup yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Paras 1, Bangunan Utama, PSB. Turut terlibat bersama-sama di dalam lawatan audit ini adalah Ketua Pustakawan iaitu En. Salleh Hudin Mustaffa, Timbalan Ketua Pustakawan dan juga barisan Ketua-Ketua Bahagian PSB yang lain.

Sememangnya, untuk melihat tahap prestasi sesebuah organisasi adalah dengan menjalankan proses audit. Ini kerana melalui proses audit ianya dapat menilai kemantapan sesebuah organisasi itu di dalam pentadbirannya.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Abdul Hadi Mat Taib