Pelantikan Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultanah Bahiyah

PSB Online : Pada 15 Januari 2024 (Isnin), Puan Norma Said telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pustakawan Perustakaan Sultanah Bahiyah(PSB), Majlis penyampaian watikah pelantikan penjawat utama UUM telah diadakan di EDC, UUM Sintok.

Pelantikan ini merupakan amanah besar bagi menjayakan semua perancangan strategik operasi PSB bagi tahun 2024 dan seterusnya. Diharapkan di bawah kepimpinan Ketua Pustakawan, Prof Dr. Che Azlan Taib dan dibantu oleh Timbalan Ketua Pustakwan, Puan Norma Said, sebagai timbalan akan membawa perubahan yang signifikan kepada pencapaian dan kemajuan PSB serta memberi kesan positif bagi meningkatkan produktiviti setiap warga PSB.

 

Disediakan oleh: Hasma Harun

Poster oleh: Syed Muhammad Amirul Ashraf Syed Ismail