PEMBUKAAN SEMULA RUANG BELAJAR PARAS 4 , BANGUNAN UTAMA PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH

PSB Online : Dimaklumkan ruang belajar paras 4, Bangunan Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) kini telah dibuka semula untuk kegunaan semua pengguna PSB . Ruang bacaan ini telah ditutup sejak Oktober 2023 bagi memberi laluan untuk kerja-kerja penambahbaikan ruang, perabot dan susunatur semula. Pihak pengurusan PSB berharap agar semua pengguna dapat mengoptimumkan penggunaan ruang pembelajaran ini dan dapat belajar dengan lebih selesa dan harmoni. Ruang belajar berkenaan dilengkapi dengan bilik karel, ruang santai, bilik perbincangan dan penambahan plug point untuk memudahkan pengguna menggunakan laptop.

“Selamat belajar dan moga terus sukses dengan cemerlang”

 

-Tamat-

Hasma Harun

Gambar: Syed Muhammad Amirul Ashraf Bin Syed Ismail.