PENYANYI LAGENDA 70-AN DATO’ DJ DAVE MELAWAT MUZIUM PENGURUSAN UUM

Muzium Online – Muzium Pengurusan UUM amat berbesar hati menerima kunjungan hormat dari penyanyi lagenda 70-an Dato’ DJ Dave pada 7 Mac 2022.

Jelas terpancar keterujaan dan keceriaan di wajah beliau apabila melangkah kaki ke ruang legar muzium dan melihat keunikan ruang pameran di Muzium Pengurusan UUM terutamanya sudut pameran bahan/artifak sumbangan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin yang mempamerkan bahan peribadi arwah Tan Sri Jins Shamsudin.

Lawatan ni adalah sempena jelajah ulang tahun ke-50 penglibatan Dato’ DJ Dave dalam industri seni tanah air. Kehadiran beliau diiringi oleh Cik Asmawiza Husin, Pengurus Pusat Budaya dan Seni (PBS), Haji Mohd Fairus Abdul Majid, Pengurus Muzium Pengurusan UUM serta kakitangan muzium.

Sepanjang lawatan, taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Pembangunan Koleksi Muzium, Encik Hisomuddin Abdullah tentang keseluruhan koleksi. Terima kasih kerana menjadikan Muzium Pengurusan UUM sebagai destinasi pilihan.

 

Disediakan oleh: Muzium Pengurusan UUM

Gambar oleh: Muzium Pengurusan UUM