PERISAI ANJUR SAMBUTAN HARI OKU BUAT KALI PERTAMA

PSB Online: Buat pertama kalinya. Persatuan Staf  Universiti Utara Malaysia (UUM) Yang Mempunyai Anak-Anak Istimewa (PERISAI)  mengadakan program sambutan Hari  Orang Kurang Upaya (OKU) peringkat UUM pada 20 Disember lalu, bersempena sambutan Hari OKU Antarabangsa.

Bertempat di Auditorium 2, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, program ini juga melibatkan kerjasama daripada Persatuan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) dan Unit Latihan Pendaftar UUM.

Nor Asikin Ibrahim, Timbalan pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diiringi oleh Rossaffie Ismail, Ketua Penolong Pengarah Bahagian OKU dan Warga Emas serta beberapa pegawai JKM telah merasmikan program sambutan ini.

Selama tempoh tiga jam program ini berlangsung, ia dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti seperti sesi perkongsian bersama wakil JKM, bengkel asas, hands on terapi juga cabutan bertuah.

Slot pertama dimulakan dengan sesi bersama JKM Daerah Kubang Pasu dan Pendaftar UUM.

Seterusnya, slot kedua merupakan Slot Bicara Anak Syurga, membawakan tajuk: Anak Istimewa Tiket Ke Syurga? telah disampaikan oleh Ustaz Firdaus Che Rush.

Dalam slot ketiga, Wan Nur Najihah Wan Mohd Norudin merangkap Terapis Carakerja Bersama Wan Nadia Farhana Wan Mohd Norudin merangkap Pengurus Kiddie Care Therapy Centre tampil untuk mengendalikan Bengkel Pengenalan Kepada Asas Terapi.

Akhir sekali, Pegawai JKM turut memberi perkongsian dalam Bengkel Job Coach sebagai penutup program.

 

Disediakan oleh: Zarith Sofea Zaharin

Gambar oleh: Jurufoto PERISAI