PERTANDINGAN BERCERITA GILAP BAKAT TERPENDAM

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan pertandingan bercerita kanak-kanak sempena dengan ‘Hari Bersama Pelanggan PSB 2018’ pada 19 Mac 2018 yang lalu. Pertandingan ini telah diadakan di Auditorium 2, Bangunan Tambahan PSB.

Acara tersebut telah disertai oleh seramai 8 orang pelajar sekolah rendah yang meliputi daerah Kubang Pasu, Kedah. Pertandingan ini telah menjadi salah satu acara tahunan terutamanya ketika menyambut ‘Hari Bersama Pelanggan PSB’ kerana ianya dapat menjadi medium untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta untuk mendapatkan maklum balas daripada pelanggan PSB dan komuniti setempat secara lebih dekat.

Upacara ringkas penyampaian hadiah juga turut diadakan selepas keputusan juri diumumkan. Tahniah diucapkan kepada pemenang tempat pertama iaitu adik Ahmad Darwish Muhammad Hafidz yang berumur 8 tahun dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok dengan tajuk ceritanya ‘Sang Belatuk Yang Baik Hati’. Tempat kedua pula berjaya dirangkul oleh adik oleh Nur Farisya Irdina Ahmad Azwan yang berumur 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darul Aman dan tempat ketiga jatuh kepada adik Nuriy Haziqah Juhari yang berumur 10 tahun dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok Kedah.

Pertandingan bercerita ini adalah merupakan platform yang terbaik untuk mencungkil bakat serta memupuk keyakinan diri para peserta yang bertanding seterusnya boleh digilap ke arah yang lebih berjaya. Semoga acara seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Disediakan oleh : Ku Azmi Ku Ibrahim

Gambar oleh : Mohamad Fuzi Ismail